~ N.I.J ~

My photo
Annyeong xD Korang ley call aq N.I.J..18 y.0 ^^ aq neyh sensitive sikit..n always act cool..hhee

Member

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, October 20, 2011

Kim Hyun Joong vs YeSung

Assalamualaikum/ annyeong...


antara hyun joong n yesung. . . yang mana korang pilih. . . ???






                        KIM HYUN JOONG




. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . VS . . . . . . . . . . . .  . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .  .




                                       YESUNG





korang pilih yang mana . . . ??  kalau aq. . . aq pilih dua2. . .  hehe. . .

I LOVE HYUN JOONG N YESUNG. . . . ! ! !


actually aq tak tau nak update apa. . .
busy dengan SPM. . .
sorry ye. . .



Smile. Let everyone know that today you’re a lot stronger than you were yesterday

Monday, October 17, 2011

~ Quotes ~







nak tulis apa erk. . . ?? actually aq xtau nak tulis apa. . . apa2 pun. . . korang hayatilah kata2 ni ok. . .  ^___^ 
Smile. Let everyone know that today you’re a lot stronger than you were yesterday

Thursday, October 13, 2011

~ Kenapa Wanita Mudah Menangis ~

Assalamualaikum/annye0ng...


Today aq nak share something tentang wanita. . . 
baca n hayati ye. . .  ^__^ 





Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibunya menjawab, Sebab ibu adalah perempuan, nak. Saya tak mengerti ibu, kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. Nak, kau memang tak akan mengerti…

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. Ayah, mengapa ibu menangis? Ibumu
menangis tanpa sebab yang jelas, sang ayah menjawab. Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis? Dalam mimpinya ia
merasa seolah mendengar jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap
berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam
kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan
menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan.
Smile. Let everyone know that today you’re a lot stronger than you were yesterday

Tuesday, October 11, 2011

Mana mak ? ?

Assalamualaikum/ annyeong...


 untuk tatapan anak2. . .  hargailah ibu korang coz hanya ibu yang sentiasa berada di sisi kita di saat kita memerlukan seseorang. . .




Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.


Ayah baru balik dari sawah.


Ayah tanya Mak, “Along mana?’


Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”


 Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”


Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”


Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”


 Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam”


Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”


Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”


Mak jawab soalan ayah penuh yakin.


Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian.


Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.




 Dua puluh tahun kemudian


Jam 6.30 petang


Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.


Ayah tanya Along, “Mana Mak?”


Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”


Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”


Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”


Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”


Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.


Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”


Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook.


Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak.


Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak.


Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak.


Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”


Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”


Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah.


Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.


Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik.


Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar.


Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?” Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .


Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak.


Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik.


Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


 Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.


Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya.


Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik.


Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak.


Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak.


Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan.


Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum.


Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham.


Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu.


Mereka sudah besar.


Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah.


Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu.


Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.


Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak.


Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab.


Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak.


Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.” Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak.


Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamad.


Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.


Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci.


Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak.


Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama.


Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.


Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk.


Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.


Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya.


Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi.


Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”


 Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.




Beberapa tahun kemudian




Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.


Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”


Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.


Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.


Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.


Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi.


Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..


Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak.


Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.


Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, “Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”.


Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap.


Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika.


Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.


Ayah sedih.


Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?”.


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang.


Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian.


Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”


“Ayah, ayah….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.





Smile. Let everyone know that today you’re a lot stronger than you were yesterday

~ I'm n0t PerFeCt ~

 


setiap manusia xperfect. .  . macam tu juga aq. . .  s0 janganlah kita rasa yang diri kita tu perfect. . . tak pernah buat salah. . . rasa diri tu betul. . . mana boleh macam tu. . . korang kena fikir. .. setiap manusia ada kelemahan dan kekurangan. . . so terima lah dengan redha. . .




jangan sebab korang rasa korang perfect. . . korang xboleh terima kelemahan orang lain. . . kalau korang nak tau. .. korang pun ada kelemahan. . . tapi kenapa orang lain boleh terima kelemahan n kelebihan korang. . . tapi korang xboleh. . . ??






actually aq bukan nak cerita sal ni. . . aq juz nak luahkan apa yang aku rasa. . .   kenapa tak ada yang faham aq. . ??  satu je yang aq xsuka. . . orang maki2 aq. . . aq boleh bersabar. . tapi sampai bila. .?? sekarang aq rasa yang aq bukan lagi izzati yang dulu. . .  aq xnak jadi macam ni. . . tapi sikap orang di sekeliling aq yang buat aq jadi macam ni. . . aq xtuduh sapa2. . . semua tu salah aq juga kan. . ? kalau aq buat xtau je. . mesti aq xjadi macam ni. . .




hurmm. . .  hati aq dah  banyak kali terluka. . . *bukan sal cintan cintun k*   
pernah suatu ketika aq putus asa. . .
putus asa dengan semua ni. . .
tapi aq still ada Allah. . . parents aq. . .friend. .
n family2 angkat aq dalam fb. . .
dia orang lah yang bagi semangat kat aq. . .
thankss for everything. . .




'menangislah kerana air mata itu dapat meluahkan segala rasa yang tak dapat di ucapkan dengan kata2'


bt0ll kn.. .??  tapi aq malu. . malu untuk menitiskan air mata di hadapan orang lain. . . sebab itulah aq suka memendam apa yang aq rasa. . . tapi sekarang. . . mudahnya air mata ini mengalir. . . aq rasa aq xmampu lagi. . orang yang sepatutnya sentiasa disisi aq. . kini memaki aq. . . aq xfaham kenapa sejak kecil aq xboleh rapat dengan dia *adk*




hubungan kami semakin hari semakin renggang. . . sekarang. . sejak aq bergaduh dengan dia. . dia selalu maki2 aq. . . n aq lebih suka berkurung dalam bilik coz aq xboleh tengok muka dia. . .
Ya Allah. . . tabahkan lah hati aq  dan semoga kita orang akan berbaik semula...  amin
Smile. Let everyone know that today you’re a lot stronger than you were yesterday

Monday, October 10, 2011

~ Menghitung Hari ~

Assalamualaikum/ annyeong...




menghitung hari untuk. . . detik demi detik. . .
*cewah. . . nyanyi lak. .  *
 perasan sebentar yang suara aku ney sedap. . .^__^
hehhe
tengah menghitung hari nak exam spm. . .
berdebar sih. . .










SPM ....!!!  i will wait f0r u... ^__^



k0rang. . . d0akan aq dapat keputusan cemerlang yew. .  amin. . 

actually aq da tak tau nak tulis apa. . . 
sorry ye. . .
jangan marah2 tau kalau korang rasa bosan baca entry aq. . .
n kalau k0rang xsuka. . . 
blah jew la dari bl0g aq. . .
*s0rry ayat kasar*




GOOD LUCK....!!!
apa2 pun buat yang terbaik. . . ^__^  

Smile. Let everyone know that today you’re a lot stronger than you were yesterday

Saturday, October 1, 2011

~ DEAC ~

Assalamualaikum/ Annye0ng. . . 




 aq baru je deac acc fb aq. . . berat hati nak tinggal semua tu. . . tapi aq nak uji someone tu. . .  betul ke dia sayang aq macam yang dia selalu ucap. .  satu je aq xfaham. . .kenapa dia selalu like or post link kat someone tu. . .??




 yang terbaru aq tengok. . .  dia post lagu 'KEHILANGANMU BERAT BAGIKU' . . . hurmm. . . aq salah faham ke. . ?? kita orang pun dah jarang2 mcj. . .  n sampai sekarang aq xluahkn apa yang aku rasa. . .   actually aq pun xtau apa yang aku rasa. . .   aq xnak kecewa. . .  sebab tu aq lebih berhati2. . . hurmm. . .




 aq rasakan. . . tak sampai sejam aq deac. . . hehe. . . aq da rindu fb aq. . . .  waaaaa. . . . nk 0nline.... !!
Smile. Let everyone know that today you’re a lot stronger than you were yesterday

COPYRIGHT@ ALL RIGHT RESERVE BY PRINCESS IZZATI